Sejarah Bukit Kepong.
Ysj.
Ramadan
RAMADHAN YANG AKAN PERGI..
❤😥
“Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan, setiap kali sujud, berapa ribukah akan dikurniakan kepadanya kebajikan, ALLAH saja yang Maha Tahu, adakah akan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata? ALLAH sahaja yang Maha Tahu. Bagi orang yang berpuasa dan beribadah berapa ribu malaikatkah yang akan meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari? Hanya ALLAH yang Maha Tahu. Orang yang menghulurkan sedekah dan infak dibulan Ramadhan berapa puluh kali besarkah pahalanya sebesar Bukit Uhud? Hanya ALLAH sahaja yang Maha Tahu. Membaca Quran, berzikir, berbakti kepada saudara, jiran, apatah lagi kepada orang tua, sebesar langit dan bumi manakah yang luas ganjaran pahalanya? Hanya ALLAH Yang Maha Tahu. SubhanaALLAH, penerima malam Lailatulqadar, yang suci dari dosa, syurga terindah manakah yang pasti miliknya? Hanya ALLAH Yang Maha Tahu.
Saudara, semuanya itu tidakkah buat kamu terharu? Ramadhan yang bakal pergi adakah kamu syukuri atau sesali? Sahabat Rasulullah SAW kalau boleh, biarlah Ramadan sepanjang tahun, kerana besar ganjaran didalamnya. Jibril a.s memberi ingatan, “Celaka nasib seseorang, bila berlalu Ramadan, apabila dosanya tidak diampun ALLAH SWT.”
Selain itu, terdapat juga hadis dari Jabir dari Nabi s.a.w:
“Apabila malam terakhir dari bulan Ramadhan datang, maka menangislah seluruh langit, bumi dan para malaikat, kerana musibah yang akan menimpa umat Muhammad” Rasulullah s.a.w ditanya: “Musibah apakah ya Rasulullah?” Nabi s.a.w menjawab: “Perginya bulan Ramadhan, kerana di dalam bulan Ramadhan itu semua doa-doa dikabulkan, semua sedekah diterima dan semua kebaikan dilipatgandakan pahalanya serta seksa pun dihentikan”. “Apakah ada musibah yang lebih besar daripada perginya bulan Ramadhan?”, “Kalau semua langit dan bumi menangis demi kepentingan kita, maka tentu kita lebih banyak menangis dan lebih menyayangkannya kerana terputusnya segala keutamaan dan kemuliaan”.
Hadis ini menunjukkan bahawa amalan-amalan orang yang berpuasa sentiasa dalam pemerhatian ALLAH S.W.T. dan barangsiapa yang banyak berdoa dan ikhlas dalam amalannya, nescaya ALLAH akan memakbulkan doa orang-orang yang bertakwa.
RAMADHAN YANG AKAN PERGI TAK AKAN KEMBALI. KITA HANYA BERUPAYA BERDOA, SEMOGA RAMADHAN TAHUN DEPAN, KITA MASIH DIPILIH ALLAH UNTUK MELALUI DAN BERIBADAH DIDALAMNYA. INSYA ALLAH, AAMIIN.
I💖U

Syurga.
JOM BINA SYURGA DALAM KELUARGA KITA!
Semalam, ana dan abang Ustaz antara yang dijemput untuk iftar dan solat tarawih di rumah seorang tokoh ilmuwan. MashaAllah.
Ilmunya banyak, jawatannya tinggi, namun sangat tawaduk dan merendah diri.
Empat perkara ana dapat sepanjang sekitar empat jam ana di sana. MashaAllah.
1) Memuji masakan isteri
Sejak mula kami masuk ke rumah beliau, banyak pilihan makanan yang terhidang, namun beliau menganjurkan kepada kami untuk merasai kelazatan rendang ayam air tangan isterinya.
“Makan Ustaz Faiz.. Makan Ustazah Nony, silakan.. Kena rasa rendang kak ** buat ni, sedap. Rasalah. Sedap ni..” “Jemput yang lain tambah, ni rendang kak ** buat, sedap ni, kena rasa..”
Berulang kali mashaAllah dipuji masakan isterinya, sampai kami ulang makan selepas tarawih dengan pujian yang sama, dan yaaa, ana dan abang Ustaz ketika berbincang dalam kereta, kita dapat rasa itulah pujian kasih sayang, pujian penghormatan dan penghargaan seorang suami khas buat isterinya. Bukan dibuat-buat. Bukan disindir. Bukan dibangga-bangga. Tetapi, ikhlas menghargai.
Ada masa, kita dapat rasakan kan.. Tulusnya. Ikhlasnya.
Kerana, daripada hati pasti terus masuk ke hati.
Suami, pujilah masakan isterimu.
Ucaplah terima kasih atas lelahnya menyiapkan juadah buatmu.
Itulah sentuhan nafkah batin yang ringkas namun besar kesannya ke atas emosi isterimu.
Muhasabah semula, selama ini apakah pernah kita sebutkan dengan ikhlas dan berterima kasih padanya? Jika belum pernah buat, ayuh mulakan! Jika jarang, jom usaha kerapkan! Jika sudah selalu buat, mari perbanyakkan 💜
2) Ruang solat berjemaah yang besar dan selesa
MashaAllah, rumahnya besar dan cantik. Namun, untuk pandangan mata ana, ia lebih sempurna apabila diperuntukan ruang yang besar (anggaran 15-20+- orang) di sebelah kanan pintu masuk rumah untuk solat berjemaah. Kami yang hadir semalam diimamkan Solat Isyak berjemaah & Solat Tarawih oleh beliau sendiri di ruang tersebut.
Ini cukup istimewa.
Ruang solat berjemaah yang besar dan selesa. Dan ruang tersebut terletak di awal pintu masuk ~ sepertinya memang dah plan situ ruang ibadah secara khusus dan diletakkan di hadapan ~ tanda penting dan utama.
Al-Quran besar diletakkan di hadapan tempat imam.
Rak-rak kitab disekeliling.
Mengimamkan sendiri tetamu selepas menjamu makanan iftar.
MashaAllah.
Muhasabah semula, apakah dalam rumah kita ada peruntukan satu ruang yang kita hias cantik, kemas dan bersih, lapang dan tenang, at anytime tetamu ramai dan kita boleh terus ajak berjamaah tanpa runsing kat mana nak solat? Nak kena susun perabot dulu, nak kena adjust sini. MashaAllah. Sungguh bernilai orang yang meletakkan agama di hadapan 💙
3) Bapa yang berdedikasi untuk bawa ahli keluarga ke syurga
Ini part yang dah nak start touching.
SubhanAllah.
Sebelum beliau mengimamkan Solat Isyak, beliau semak soff dahulu. Beliau semak satu persatu, dan dapat kesan ada seorang anaknya tercicir dan masih tiada dalam soff. Maka, beliau mohon anak-anak yang lain yang sudah berada dalam soff untuk memanggil seorang anak tadi.
“Kakak.. Panggil adik..”
Tidak lama, adik datang dan beliau mulakan solat.
Selesai solat ba’diah, berdiri untuk mulakan Solat Tarawih, beliau sekali lagi menyemak soff.
Anaknya yang sama tiada.
“Kakak A, tolong panggil adik..”
“Kakak B, tolong panggil adik..”
Bergeraklah kakak-kakaknya memanggil adik.
Beliau mulakan solat selepas semua anak isterinya berada dalam soff dan bersedia tanpa menafikan kami tetamunya.
Muhasabah juga, apakah kita ~ suami dan isteri, bapa dan ibu serta anak-anak, rajin solat berjemaah di rumah bersama keluarga?
Apakah kita mengajak atau biarkan sahaja?
Solat sendiri-sendiri?
Ini impian sebuah keluarga syurga 💚
3) Ibu yang memohon doa
And, this one toooo beautiful mashaAllah.
Sebelum balik, dipanggil anak-anaknya bersalaman wada’. Yang perempuan datang bersalam dengan ana sambil isterinya/ibunya berkata,
“Salam dengan Ustazah Nony, kak. Minta Ustazah doakan, kakak sihat, dapat jodoh yang soleh, mudah urusan kakngah kan..”
Allah..
Ibu ini, tersenyum lembut sambil mohon doa daripada orang lain untuk anaknya.
Walaupun doa seorang ibu itu lebih berkuasa, namun mashaAllah tawaduknya.
Paling ana terkesan, kerana wanita hebat ini, menyebut doakan kakak dapat jodoh soleh, pada usia anakanda ini baru berusia 17 tahun, sambil memeluk dan mengurut lembut anaknya. “Kan kakak kan..”
Ada ketika, kita tutup mulut daripada berbicara soal jodoh dengan alasan masih muda. Namun wanita ini sangat luar biasa. 😭 Tidak salah kan mohon doa untuk anakandanya.
Ketika seorang lagi anak perempuannya datang, disebutkan pula, “Ustazah doakan kaklong ya, jadi doktor O&G kan kakak kan, doktor muslimah hafizah yang bermanfaat.. Kakak kan..” sambil mengurut-ngurut anaknya yang baru habis SPM dan selesai hafazan 30 juzuk Al-Quran.
Muhasabah lah kita, sejauh mana kita mohon doa daripada orang lain?
Sejauh mana kita ~ sebagai orang yang berprioriti mendoakan orang terdekat kita, mendoakan beliau ;
Isteri, banyak tak doakan untuk suami?
Suami, banyak tak doa untuk isteri?
Bapa, doa tak untuk anak-anak dan ibunya?
Ibu, kerap tak doa untuk anak-anak dan bapanya? ❤️
.
Keluarga syurga.
Syurga untuk keluarga ini, Aamiin.
Masuk kereta, lap ayaq mata yang lama dok tertahan..
Ya Allah.
Kita selalu mengimpikan masuk syurga.
Dan masuk dengan keluarga kita.
Tetapi apakah kita pernah, telah, sedang dan akan berusaha ke arahnya?😭
“Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; -” (Surah Ar-Ra’d : 23)
.
Mula daripada sekarang.
Suami isteri yang saling menyenangkan (1)
Tempat tinggal yang indah dengan ibadah (2)
Suami dan bapa yang mengambil berat ibadah isteri dan anaknya. (3)
Isteri dan ibu yang tidak meremehkan kuasa doa khususnya buat anak-anaknya (4)
Ana selalu pegang begini :
Nak bawa keluarga masuk syurga,
Mesti mula dengan bina dahulu syurga dalam keluarga 🍀
JOM BINA SYURGA DALAM KELUARGA KITA!
.
T A Q W A
24 Ramadhan 1440H


