Ramadan

RAMADHAN YANG AKAN PERGI..

❤😥
“Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan, setiap kali sujud, berapa ribukah akan dikurniakan kepadanya kebajikan, ALLAH saja yang Maha Tahu, adakah akan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata? ALLAH sahaja yang Maha Tahu. Bagi orang yang berpuasa dan beribadah berapa ribu malaikatkah yang akan meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari? Hanya ALLAH yang Maha Tahu. Orang yang menghulurkan sedekah dan infak dibulan Ramadhan berapa puluh kali besarkah pahalanya sebesar Bukit Uhud? Hanya ALLAH sahaja yang Maha Tahu. Membaca Quran, berzikir, berbakti kepada saudara, jiran, apatah lagi kepada orang tua, sebesar langit dan bumi manakah yang luas ganjaran pahalanya? Hanya ALLAH Yang Maha Tahu. SubhanaALLAH, penerima malam Lailatulqadar, yang suci dari dosa, syurga terindah manakah yang pasti miliknya? Hanya ALLAH Yang Maha Tahu.

Saudara, semuanya itu tidakkah buat kamu terharu? Ramadhan yang bakal pergi adakah kamu syukuri atau sesali? Sahabat Rasulullah SAW kalau boleh, biarlah Ramadan sepanjang tahun, kerana besar ganjaran didalamnya. Jibril a.s memberi ingatan, “Celaka nasib seseorang, bila berlalu Ramadan, apabila dosanya tidak diampun ALLAH SWT.”

Selain itu, terdapat juga hadis dari Jabir dari Nabi s.a.w:

“Apabila malam terakhir dari bulan Ramadhan datang, maka menangislah seluruh langit, bumi dan para malaikat, kerana musibah yang akan menimpa umat Muhammad” Rasulullah s.a.w ditanya: “Musibah apakah ya Rasulullah?” Nabi s.a.w menjawab: “Perginya bulan Ramadhan, kerana di dalam bulan Ramadhan itu semua doa-doa dikabulkan, semua sedekah diterima dan semua kebaikan dilipatgandakan pahalanya serta seksa pun dihentikan”. “Apakah ada musibah yang lebih besar daripada perginya bulan Ramadhan?”, “Kalau semua langit dan bumi menangis demi kepentingan kita, maka tentu kita lebih banyak menangis dan lebih menyayangkannya kerana terputusnya segala keutamaan dan kemuliaan”.

Hadis ini menunjukkan bahawa amalan-amalan orang yang berpuasa sentiasa dalam pemerhatian ALLAH S.W.T. dan barangsiapa yang banyak berdoa dan ikhlas dalam amalannya, nescaya ALLAH akan memakbulkan doa orang-orang yang bertakwa.

RAMADHAN YANG AKAN PERGI TAK AKAN KEMBALI. KITA HANYA BERUPAYA BERDOA, SEMOGA RAMADHAN TAHUN DEPAN, KITA MASIH DIPILIH ALLAH UNTUK MELALUI DAN BERIBADAH DIDALAMNYA. INSYA ALLAH, AAMIIN.
I💖U

Leave a Comment